Pakistan buka semula ruang udara


Sebelum ini, ruang udara ditutup sepenuhnya untuk penerbangan tempatan dan antarabangsa berikutan pertikaian antara tentera udara Pakistan dan India, yang mana kedua-dua pihak mendakwa menembak jet pejuang masing-masing. – Gambar AFP, 8 Mac, 2019.

PAKISTAN membuka semula ruang udaranya untuk penerbangan komersil pada Jumaat selepas ditutup selama seminggu, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa penerbangan.

Sebelum ini, ruang udara ditutup sepenuhnya untuk penerbangan tempatan dan antarabangsa berikutan pertikaian antara tentera udara Pakistan dan India, yang mana kedua-dua pihak mendakwa menembak jet pejuang masing-masing.

Penutupan itu menyebabkan ribuan penumpang terkandas di beberapa lapangan terbang di seluruh dunia, selain memaksa syarikat penerbangan menjadualkan semula penerbangan mereka.

Ketegangan antara dua negara itu meruncing sejak bulan lalu selepas serangan pengebom bunuh diri ke atas  konvoi tentera di Kashmir yang dikuasai India, mengorbankan sekurang-kurangnya 40 tentera India.

India menuduh Pakistan dalang serangan itu namun dinafikan pihak Islamabad. – Bernama, 8 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen