Peguam fail permohonan cabar prosiding Peguam Negara 


Bede Hong

Peguam Arunachalam Kasi berkata beliau membuat 'kritikan yang adil' mengenai cara Mahkamah Persekutuan mencapai keputusannya atas kes yang disebut dalam afidavit Hamid.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2019

PEGUAM Arunachalam Kasi memfailkan permohonan bagi mengetepikan prosiding penghinaan oleh Peguam Negara Tommy Thomas berhubung komen berkaitan dengan afidavit yang difailkan oleh hakim Mahkamah Rayuan.

S. Chandran yang mewakili Arunachalam, juga dikenali sebagai Arun Kasi berkata, pemohonan itu difailkan semalam untuk mengetepikan kebenaran yang diberikan Mahkamah Persekutuan pada 27 Februari, yang membenarkan Tommy memulakan prosiding penghinaan.

“Pendengaran ditetapkan di Mahkamah Persekutuan pada 13 Mac,” kata Chandran dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa persoalan perlembagaan dibangkitkan dalam usul berkenaan, katanya.

Ia termasuk soalan tentang kebebasan bersuara dalam Perkara 10 (1) (a) perlembagaan dan batasan kepadanya dalam Perkara 10 (2) (a), skop penghinaan dalam Perkara 126, had kuasa A-G dalam Perkara 145, dan kesan doktrin pemisahan kuasa.

“Ini akan menjadi satu kes penting dalam perlembagaan di bidang undang-undang ini, yang menarik perhatian bukan sahaja di kalangan peguam ... di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa,” kata Chandran.

Pada 27 Februari, hakim Ramly Ali, yang mempengerusikan tiga panel hakim, membenarkan Thomas meneruskan prosiding terhadap Arunachalam Kasi, yang mana, dalam dua artikel yang diterbitkan di portal online Aliran, mengkritik afidavit hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer atas dakwaan salah laku kehakiman.

Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk pendengaran antara bahagian yang substantif untuk dikemukakan kedua-dua pihak. – 8 Mac, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen