SEBUAH trak sarat membawa pendatang asing dari Amerika Tengah terbabas di lebuh raya di selatan Mexico lewat malam tadi, menyebabkan sekurang-kurangnya 25 maut dan 29 lagi cedera.
Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata kemalangan berlaku di Chiapas yang bersempadan dengan Guatemala.
Trak tiga tan itu terbabas sebelum terbalik.
Setiap tahun ribuan rakyat Amerika Tengah terutama dari Honduras, El Salvador dan Guatemala melalui perjalanan yang berbahaya menerusi Mexico untuk cuba sampai ke Amerika Syarikat.
Ramai yang menggunakan karavan berkumpulan untuk keselamatan, sementara yang lain ada juga mendapatkan khidmat penyeludup untuk meletakkan mereka di dalam trak yang penuh sarat. – AFP, 8 Mac, 2019.
Komen