KERAJAAN Papua New Guinea sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan kerusi bagi ahli Parlimen wanita di selama ini ia hanya dianggotai kaum lelaki.
Perdana Menteri Peter O’Neill ketika memperkenalkan cadangan itu pada Hari Wanita Sedunia Antarabangsa hari ini berkata ia “nampak adil” apabila wujud lebih banyak perdebatan mengenai peranan kaum wanita di peringkat kepimpinan.
Sehingga kini terdapat 111 ahli Parlimen Papua New Guinea yang mewakili 8.3 juta rakyat dan tiada seorang pun daripadanya wanita.
Dalam ucapan yang secara kebetulan bertepatan dengan sambutan hari wanita, O’Neil berkata sesuatu menyedihkan apabila kepentingan wanita diabaikan.
“Di Parlimen negara kita sendiri, tiada ahli parlimen wanita. Walaupun terdapat ramai calon wanita berkemahiran tinggi dan berpotensi, mereka tidak terpilih.
“Saya mahu melihat suasana ini berubah dan kerajaan akan membentangkan cadangan untuk Parlimen mewujudkan kerusi khas bagi wanita,” katanya.
Papua New Guinea ketika ini bergelut untuk memperbaiki reputasi antarabangsa sebagai “tempat terburuk di dunia untuk wanita”.
Keganasan seksual dan domestik seperti wabak di negara itu dan pesalah sering dibiarkan terlepas tanpa keadilan malah dianggarkan sekurang-kurangnya dua pertiga wanita di sana dikasari dalam kehidupan seharian.
Bukan sesuatu yang luar biasa untuk menyaksikan pergaduhan rumah tangga berlaku di tempat awam dan di beberapa kawasan itu negara itu, wanita sering dijadikan sasaran untuk aktiviti memburu ahli sihir. – AFP, 8 Mac, 2019.
Komen