ANAK perempuan bekas presiden Uzbekistan Islam Karimov didakwa di mahkamah di New York semalam dalam kes berkait dengan satu kes penipuan membayar rasuah kepadanya lebih AS$865 juta selama sedekad.
Ia salah satu kes penipuan terbesar pernah didakwa di bawah Akta Amalan Rasuah Luar Negara, kata Pejabat Peguam Negara AS untuk daerah selatan New York dalam satu kenyataan.
Pertuduhan terhadap Gulnara Karimova dibuat susulan syarikat telekomunikasi utama Rusia, MTS yang turut tersenarai dalam Bursa Saham New York berkata ia setuju berkaitan prosiding untuk membayar pay AS$850 juta kepada pihak berkuasa AS.
Gulnara, 46, bekas pegawai kerajaan Uzbek dan anak perempuan Islam Karimov, yang memerintah republik bekas Soviet itu dari 1990 hingga meninggal dunia pada 2016.
Gulnara, bekas duta Uzbek di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu didakwa atas satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram, bersama Bekhzod Akhmedov, 44, bekas ketua pengarah Uzdunrobita, anak syarikat MTS di Uzbek.
“Antara 2001 dan 2012, Gulnara dan Akhmedov bersetuju yang Akhmedov akan mendapatkan rasuah untuk Gulnara daripada syarikat telekomunikasi,” kata kenyataan dikeluarkan pendakwa raya.
Gulnara yang sebelum ini diplomat berprofil tinggi dan penyanyi pop, dikenakan tahanan rumah di tanah airnya selepas disabitkan bersalah dalam kes penipuan dan pengubahan wang haram pada 2017 dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
Pihak berkuasa Uzbek minggu ini berkata Gulnara melanggar syarat tahanan rumah dan akan dihantar ke penjara di mana beliau akan berada di situ hingga tamat tempoh hukuman.
Pihak berkuasa Uzbek menuduhnya menjadi sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang mengawal aset bernilai lebih 1 bilion euro.
Pendakwa rakyat berkata siasatan mereka setakat ini menghasilkan lebih AS$2.6 bilion dalam bentuk denda dan hukuman di seluruh dunia. – AFP, 8 Mac, 2019.
Komen