PAUL Manafort, bekas ketua kempen kepada Presiden Donald Trump dijatuhi hukuman penjara 47 bulan selepas disabitkan bersalah dalam jenayah cukai dan penipuan bank.
Ia hukuman paling berat setakat ini dikenakan terhadap semua yang ada kaitan dengan presiden itu dalam siasatan dijalankan Peguam Khas Robert Mueller terhadap dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden.
Dalam menolak gesaan Mueller untuk mengenakan hukuman berat, hakim berkata garis panduan rasmi untuk hukuman penjara ialah antara 19 hingga 24 tahun sudah pun “berlebihan”.
Tetapi Manafort masih berdepan hukuman penjara dalam kes kedua di Washington minggu depan, di mana hukuman maksimum ialah 10 tahun dan hakim kelihatan lebih bersimpati kepada pendakwa raya.
Tuduhan itu membabitkan kerja Manafort selama 10 tahun bagi pihak ahli politik sekutu Moscow di Ukraine, dan bukan berkait dengan pilihan raya 2016 – isu yang digunakan untuk memohon pertimbangan mahkamah.
Pendakwa raya mendakwa Manafort menggunakan akaun bank pesisir pantai di Cyprus untuk menyembunyikan lebih AS$55 juta dari ahli politik Ukraine daripada pihak berkuasa cukai.
Beliau salah seorang daripada enam penasihat dan orang penting dalam kempen pilihan raya presiden Trump pada 2016, yang bakal didakwa dalam siasatan Mueller. – AFP, 8 Mac, 2019.
Komen