“MALAYSIA Baharu” di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah campuran campuran kemajuan dalam kesaksamaan gender, kata aktivis wanita bersempena Hari Wanita Sedunia hari ini.
Mereka yang ditemuramah menaruh harapan terhadap undang-undang baharu dirancang untuk dilaksanakan Putrajaya, tetapi juga menyentuh mengenai kekurangan wanita dalam membuat keputusan tertinggi sebagai masalah yang berterusan, dan menjadi punca utama mengapa ia terus diperjuangkan untuk memastikan isu jurang jantina dan masalah lain seperti keganasan rumah tangga, perkosaan perkahwinan dan menamatkan perkahwinan kanak-kanak.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, yang merupakan aktivis hak wanita dan reformasi pilihan raya sebelum menjadi anggota Parlimen, berkata kekurangan wanita dalam jawatan pembuat keputusan di kedua-dua sektor swasta dan awam menyebabkan “membataskan bagaimana wanita di negara ini boleh melibatkan diri dalam isu sosial, ekonomi dan politik”.
“Wanita juga masih jauh di belakang lelaki terutamanya dari segi pemberdayaan politik walaupun ia membentuk 51% pengundi berdaftar di Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Tidak ramai ahli Parlimen wanita di Malaysia. Hanya 32 daripada 222 ahli Parlimen adalah wanita.”
Bekas pengerusi Bersih 2.0 itu berkata rakyat Malaysia kini lebih menyedari masalah wanita berbanding zaman 1980-an ketika beliau mula terlibat dalam aktivisme wanita.
“Kerajaan sudah membuat beberapa langkah penting ke arah ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya, memetik undang-undang akan datang yang dibawa ke Parlimen seperti rang undang-undang mengenai perbuatan mengintai atau menghendap, gangguan seksual dan kesaksamaan gender.
“Terdapat juga jawatankuasa pilihan Parlimen baharu mengenai hak dan kesaksamaan jantina, yang sememangnya akan membolehkan pendekatan lebih baik dan progresif terhadap undang-undang dan dasar,” tambah Maria.
Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat kekurangan kefahaman politik bagi menangani merotan wanita sebagai hukuman jenayah, perkosaan perkahwinan dan perkahwinan bawah umur.

Beliau berkata wanita Islam juga masih diabaikan dalam undang-undang keluarga Malaysia, tidak seperti negara Islam yang lebih progresif seperti Algeria, Maghribi, dan Turki dengan kesamaan lebih baik antara suami dan isteri.
Pengurus komunikasi Sisters is Islam, Majidah Hashim juga membangkitkan isu yang sama, seperti perkahwinan kanak-kanak, perkosaan perkahwinan dan amalan bersunat di kalangan kanak-kanak perempuan.
Majidah berkata hal ini dibangkitkan semasa semakan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), dan Putrajaya sepatutnya menangani pemerhatian dan cadangan dibuat dalam ulasan, serta Kajian Berkala Sejagat (UPR) berhubung rekod hak asasi manusianya.
Majidah bersetuju dengan Maria yang kekurangan wakil wanita di peringkat kerajaan menjadikan isu wanita “diketepikan atau tidak ditangani”.
Ia termasuklah isu poligami, gangguan seksual dan polis moral berhubung pakaian wanita, yang masih menjadi “kelaziman” di Malaysia hari ini.
“Malah, kita kini melihat kemunculan isu baru yang kita tidak pernah ada sebelum pilihan raya lalu, seperti hukuman rotan wanita di bawah undang-undang Syariah,” katanya. – 8 Mac, 2019.
Berita penuh di sini
Komen