Taiwan minta US jet pejuang baharu


Kerajaan Taiwan di bawah Presiden Tsai Ing-wen membuat permintaan rasmi kepada AS untuk membeli jet pejuang baharu untuk mempertahankan dirinya daripada pencerobohan China yang semakin meningkat. - Gambar EPA, 7 Mac, 2019.

TAIWAN membuat permintaan rasmi kepada Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan jet pejuang baharu bagi mempertahankan negara mereka dari ancaman China yang semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Pertahanan Shen Yi-ming kepada wartawan semalam.

“Kami membuat permintaan untuk membeli jet pejuang kerana China sudah meningkatkan kekuatan ketenteraannya dan kami mula hilang ketidakseimbangan kuasa dalam keupayaan pertahanan udara,” katanya.

Sekiranya permintaan itu ditunaikan akan meningkatkan ketegangan antara China dan AS.

Beijing melihat Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya yang menunggu penyatuan walaupun kedua-dua pihak diperintah dipisahkan sejak berakhirnya perang saudara pada 1949. – AFP, 7 Mac, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen