Jenayah rasis meningkat mendadak di Saxony, Jerman


Demonstrasi menentang perhimpunan parti Afd anti-imigresen sayap kanan di Peiting, Jerman September lalu. - Gambar EPA, 7 Mac, 2019.

JENAYAH rasis meningkat mendadak tahun lalu di Saxony, menurut data yang ditunjukkan hari ini.

Kesalahan yang dilaporkan termasuk serangan terutamanya ancaman dan serangan membakar yang meningkat sebanyak 38% kepada 317 dengan jumlah mangsa 481 orang, kata kumpulan sokongan RAA Sachsen.

Saxony adalah bandar Chemnitz di mana seorang lelaki Jerman ditikam sehingga maut sehingga mencetuskan protes besar-besaran pada September menyaksikan neo-Nazis mengamuk di jalanan dengan menyasarkan orang asing.

RAA Sachsen menawarkan khidmat kaunseling untuk mangsa jenayah itu.

Difahamkan sebanyak 79 serangan berlaku didorong oleh ekstremisme sayap kanan di Chemnitz yang mana empat kali lebih tinggi dari tahun sebelumnya.

Dua bandar terbesar di negara itu iaitu Dresden dan Leipzig masing-masing menyaksikan 60 serangan termasuk serangan bersenjata perkauman dan jenayah menyasarkan aktivitis sayap kiri, wartawan dan anggota minoriti seksual. – AFP, 7 Mac, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen