3 tentera Indonesia terbunuh dalam keganasan di Papua 


Anggota tentera Indonesia mengawal ketat satu kawasan di Papua yang seringkali tercetus pergolakan dengan kumpulan pemberontak.– Gambar EPA, 7 Mac, 2019

TIGA tentera Indonesia terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak bersenjata di wilayah Papua, yang mana berbelas pekerja pembinaan dibunuh tahun lalu, kata pihak tentera pada Khamis.

Tentera terbabit baru tiba di perkampungan Yigi di wilayah Nduga pada pagi Khamis untuk menjaga projek pembinaan jambatan ketika mereka diserang oleh puak pemisah.

“Mereka secara tiba-tiba diserang oleh segerombolan besar, antara 50 hingga 70 orang,” kata jurucakap tentera bagi wilayah Papua Muhammad Aidi kepada AFP.

“Tiga anggota kami terbunuh dalam serangan itu selepas ditembak di dada dan di bahagian belakang badan,” kata Aidi.

Pihak tentera berjaya mengawal keadaan dan memaksa pemberontak itu melarikan diri.

Mayat seorang anggota pemisah itu turut ditemui di tempat kejadian.

“Kami percaya antara tujuh hingga 10 orang di pihak pemberontak turut terbunuh namun mayat mereka dilarikan,” kata Aidi.

Mayat anggota tentera yang terkorban itu diterbangkan ke hospital di bandar Timika, kata Aidi. – AFP, 7 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen