Beberapa stesen radio henti mainkan lagu Michael Jackson


Di New Zealand, lagu nyanyian Michael Jackson langsung tidak kedengaran lagi di corong radio selepasdua rangkaian radio terbesar negara itu mengambil langkah menarik semula penyiarannya. – Gambar AFP, 7 Mac, 2019.

Gara-gara pertuduhan penderaan seksual kanak-kanak yang dihadapi Michael Jackson menyebabkan stesen radio di Australia, Kanada dan New Zealand enggan memainkan lagu penyanyi berkenaan.

Nova Entertainment di Sydney hari ini mengumumkan untuk tidak memainkan lagu raja pop itu sebagai tindak balas terhadap pendapat orang ramai.

Langkah itu dibuat selepas Leaving Neverland menyiarkan dokumentari menampilkan dua lelaki mendakwa Michael menyeksa mereka selama bertahun-tahun.

“Apa yang berlaku ini menyebabkan SmoothFM bertindak tidak memainkan lagu Michael Jackson di radio,” kata media tempatan memetic kata pengarah program Nova, Paul Jackson.

Di New Zealand lagu raja pop ini langsung tidak kedengaran lagi di corong radio selepas dua rangkaian radio terbesar negara itu mengambil langkah memboikot, lapor MediaWorks dan NZME.

Kedua-dua syarikat itu antara yang menguasai radio komersial di negara berkenaan.

“Kami tidak kata Michael Jackson bersalah dalam jenayah pedofilio tetapi kami hanya memastikan stesen radio memainkan lagu yang ingin didengar,” kata pengarah kandungan MediaWorks, Leon Wratt kepada Magic FM.   – AFP, 7 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen