PEMIMPIN pembangkang Venezuela Juan Guaido menggesa Eropah untuk meningkatkan sekatan ewangan terhadap rejim Nicolas Maduro, sehari selepas Caracas mengusir duta Jerman kerana “campur tangan”.
Negara Eropah “perlu meningkatkan sekatan kewangan terhadap rejim. Masyarakat antarabangsa perlu halang wang Venezuela dariada didalah guna untuk membunuh lawan kepada rejim dan orang asal,” kata Guaido dalam satu temubual bersama media Jerman, Der Spiegel.
Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden interim pada Januari, membantah keras keputusan Presiden Maduro untuk mengusir duta Jerman ke Caracas, dan menggesa delegasi itu unutk “kekal” di Venezuela.
“Venezuela kini di bawah pemerintahan diktator, dan cara ini merupakan ancaman kepada Jerman,” kata Guaido.
“Maduro memegang jawatan presiden secara salah. Ianya tidak sah untuk isytiharkan kedutaan yang tidak diingini,” tambahnya dan berterima kasih kepada Jerman kerana bantuan kemanusiaan yang diberikan negara itu.
“Rejim bukan sahaja mengancam duta secara lisan, malah integriti fizikalnya turut terancam.”
Venezuela mengusir kedutaan Jerman pada Rabu, sekali gus mencetuskan sokongan antarabangsa kepada Guaido.
Kementerian luar memberi duta Jerman Daniel Kriener 48 jam untuk meninggalkan negara itu kerana “campur tangan” hal ehwal dalaman di Venezuela. – AFP, 7 Mac, 2019
Komen