AMARAN kedua telah dikeluarkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini, menggesa pengguna agar menggunakan air dengan lebih berhemah pada musim kemarau berikutan aras air yang menyusut di empangan.
Ketua Eksekutif PBAPP Jaseni Maidinsa berkata, kapasiti air yang boleh digunakan di Empangan Air Itam turun kepada 60.4% berbanding 92.2% yang dicatatkan pada 1 Januari.
Jaseni berkata, paras air di Empangan Sungai Muda yang mana ia merupakan 80% bekalan air Pulau Pinang, juga mencatatkan penurunan signifikan, dari 2.35 meter pada 1 Januari kepada 1.55 meteri semalam.
Sungai Muda membekalkan air kepada penduduk di tanah besar Pulau Pinang dan sejumlah besar pengguna di Balik Pulau serta di selatan pulau berkenaan.
“Musim kemarau di Pulau Pinang yang biasanya berlaku pada Januari hingga Mac, namun kita telah bersedia langkah kontigensi sekiranya tiada hujan sehingga Jun atau Julai seperti yang berlaku pada 2016, ketika kita berdepan fenomena El Nino,” katanya pada sidang media hari ini.
Rancangan itu melibatkan pelepasan air di Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam yang saiznya 27 kali ganda berbanding Empangan Air Itam sekiranya bekalan air di Sungai Muda tidak mencukupi.
Jaseni berkata permintaan akan dibuat untuk Kedah melepaskan air dari empangannya ke Sungai Musa, dan pembenihan awan ketika musim hujan dari akhir Mac hingga bulan depan.
Jika situasi semakin teruk, PBAPP akan meminta Pulau Pinang menangguhkan musim penanaman padi, katanya.
“Ini merupakan langkanh yang pernah kita ambil pada 2016, semasa kadar hujan sedikit hingga Jun-Julai. Sekiranya kita berdepan situasi ini lagi, pelan kontigensi akan dijalankan.”
Beliau berkata, walaupun situasi masih beum kritikal, pengguna diingatkan agar tidak membazir air.
“Cuaca panas, dan kita mahu memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita mempunyai rancangan bagi memastikan bekalan mencukupi.
“Saya sering keluarkan amaran awal, agar kita dapat mengambil langkah proaktif sekarang, dan tidak menunggu hingga mencapai paras bahaya.
“Itulah cara bagaimana kita beroperasi pada 2016, dan kita berjaya mengharunginya tanpa catuan bekalan air.”
Walaupun Pulau Pinang memiliki kadar penggunaan air paling tinggi seluruh negara, ia mempunyai “dasar tidak mencatu air”. – 7 Mac, 2019
Komen