DIA akan menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini tapi masih wajahnya tiada kedut.
Berambut perang muda atau gelap, langsing atau berisi, hitam atau putih, puteri atau presiden, Barbie masih kegemaran kebanyakan anak-anak perempuan, walaupun selama bertahun-tahun itu dia banyak mencetuskan kontroversi.
Anak patung ikonik itu berkembang seiring dengan waktu.
Dan di sebalik persaingan sengit dalam industri anak patung, 58 juta Barbie dijual setiap tahun di lebih 150 negara.
Di seluruh dunia, Barbie dikenali sama seperti orang mengenali Coca-Cola or McDonald’s, kata Pengarah Pemasaran Jenama Global Barbie, Nathan Baynard.
Lebih 1 bilion Barbile dijual sejak kemunculan pertamanya di Pesta Alat Mainan Amerika di New York pada 9 Mac, 1959.
Dia dicipta oleh Ruth Handler, pengasas bersama Mattel, yang mendapat inspirasi daripada anak-anaknya sendiri untuk mencipta anak patung itu.
“Anak perempuannya Barbara hanya suka main anak patung,” kata Baynard.
“Satu-satunya peranan yang boleh dibayangkan menerusi bermain itu ialah sebagai penjaga, ibu,” katanya.
Dan Barbie sudah tentu versi anak patung kepada Barbar.
Anak patung itu sepatutnya bertugas sebagai mengajar kanak-kanak perempuan bahawa mereka ada pilihan, mereka boleh jadi apa saja.
“Pada 1959, ia idea yang radikal,” kata Baynard.
Barbie satu contoh kejayaan segera. Pada tahun pertama 300,000 anak patung terjual, katanya. – AFP, 7 Mac, 2019.
Komen