Dana RM3 bilion untuk syarikat digitalkan perniagaan


Bede Hong

Ia dilancarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pagi tadi. Dana itu akan diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia yang akan bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menapis permohonan dan memastikan ia disalurkan kepada sektor tepat dengan aplikasi teknologi yang tepat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Mac, 2019.

DANA RM3 bilion dilancarkan hari ini untuk menyediakan pinjaman dengan faedah subsidi sebanyak 2% untuk semua syarikat Malaysia yang berminat mendigitalkan perniagaan mereka.

Ia dilancarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pagi tadi. Dana itu akan diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia yang akan bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menapis permohonan dan memastikan ia disalurkan kepada pihak yang tepat. 

Dana itu dikenali sebagai Dana Transformasi Pendigitalan Industri pertama kali diumumkan pada Belanjawan 2019 untuk menggerakkan Malaysia menuju Industri 4.0 dengan menggalakkan penggunaan teknologi baharu berkaitan robotik, data raya dan kecerdasan buatan.

Dana itu akan membolehkan pinjaman mendapat manfaat faedah yang disubsidikan, ditetapkan pada kadar 2% setahun, disediakan kerajaan untuk syarikat yang berhasrat menaik taraf teknologi pengeluaran mereka.

Pembiayaan itu ditawarkan menerusi produk pinjaman sedia ada ditawarkan Bank Pembangunan, berdasarkan standard dan garis panduan pinjaman bank.

“Dasar itu bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan produktiviti buruh, meningkatkan sumbangan pengeluaran produk pertumbuhan domestik (GDP), meningkatkan kemampuan inovasi dan membentuk lebih banyak pekerjaan kemahiran tinggi,” kata Lim pada majlis pelancaran di adakan di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Bank Pembangunan Zaiton Mohd Hassan. – 7 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen