SEORANG wartawan Amerika Syarikat (AS) yang ditahan oleh pasukan keselamatan Venezuela dibebaskan semalam selepas lebih 12 jam dalam tahanan.
Cody Weddle, yang bekerja di Venezuela selama beberapa tahun sebagai wakil media beberapa agensi di AS dibebaskan selepas ditahan pihak berkuasa, kata portal berita tempatan 10 News Miami di Twitter.
Kesatuan Pekerja Media Venezuela berkata dia dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di mana dia dihantar pulang.
Pembebasan itu turut diumumkan oleh Senator Marco Rubio, pengkritik pentadbiran Presiden Venezuela Nicolas Maduro, yang dicabar kepimpinannya pada Januari oleh Juan Guaido.
“Mereka buat semua ini atas satu alasan saja, untuk menakutkan wartawan daripada melaporkan tentang keadaan di Venezuela,” kata Rubio. – AFP, 7 Mac, 2019.
Komen