LYNAS Corp enggan mengulas secara terperinci mengenai perkembangan rayuannya kepada Putrajaya ke atas syarat kerajaan mengenai pengurusan sisa pemurnian larut lesap air (WLP) dan pembaharuan lesen operasinya.
“Kami inign tegaskan bahawa syarat lesen semasa konsisten dengan amalan terbaik antarabangsa dan memastikan keselamatan pekerja kami serta masyarakat dan alam sekitar.
“Kami sentiasa telus mengenai keselamatan operasi kami dan akan terus berbuat demikian,” kata Pengarah Urusan Lynas Mashal Ahmad kepada The Malaysian Insight, ketika diminta mengulas mengulas lanjut.
Syarikat perlombongan nadir bumi itu berkata dalam pemfailan dengan Bursa Sekuriti Australia (ASX) pada 28 Februari, lesen operasi penuh di Malaysia perlu diperbaharui pada 2 September.
Bagaimanapun, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA), sebuah unit di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), menetapkan dua prasyarat baharu pembaharuan lesen melalui surat bertarikh 4 Disember, 2018.
Menurut surat tersebut, Lynas dikehendaki mengeksport sisa WLP sebelum 2 September.
Malah, LYnas juga dikehendaki mengemukakan pelan tindakan mengenai pelupusan sisa buangan terjadual Neutralization Underflow Residue (NUF). – 6 Mac, 2019.
Komen