Aktivis Hong Kong menang rayuan berhubung serangan sandwic


Ng tidak sempat meringkuk di dalam penjara kerana beliau dibenarkan ikat jamin bagi rayuannya. – Gambar AFP, 6 Mac, 2019.

SEORANG aktivis demokrasi Hong Kong yang melemparkan sandwic ikan ke arah pemimpin bandar bagi membantah jurang perbezaan pendapatan yang semakin meningkat berjaya dibatalkan selepas pengumuman mahkamah pada hari Rabu.

Avery Ng, yang merupakan pengerusi Liga Sosial Demokrat, melemparkan sandwic tuna ke arah Ketua Eksekutif Leung Chun-ying semasa pilihan raya tempatan diadakan pada tahun 2016.

lemparan itu bagaimana tidak menepati sasaran selepas Leung menunduk mengakibatkan sandwic itu terkena seorang pegawai polis.

Ng, 42, kemudiannya disabitkan dengan kesalahan serangan biasa pada 2017 dan dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu.

Bagaimanapun, pada hari Rabu, sabitannya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Ng tidak sempat meringkuk di dalam penjara kerana beliau dibenarkan ikat jamin bagi rayuannya.

“Pihak pendakwa gagal membuktikan lebih banyak keraguan munasabah bahawa perayu telah melakukan serangan biasa,” kata Hakim Joseph Yau dalam penghakimannya.

Pada perbicaraannya, Ng berkata, “sandwic ikan” itu adalah tanda bantahan untuk menunjukkan bahawa golongan miskin di Hong Kong tidak mampu untuk membayar sarapan pagi. – AFP, 6 Mac, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen