KELUARGA Pastor Raymond Koh dan aktivis Perlis, Amri Che Mat yang masih hilang yakin kedua-duanya adalah mangsa kehilangan secara paksa.
Isteri mereka, Susanna Liew dan Norhayati Arrifin percaya pihak polis terlibat dalam kehilangan mereka selepas mendengar penjelasan peguam-peguam yang mengemukakan hujah penutup pada akhir siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap kedua-dua lelaki berkenaan hari ini.
“Berdasarkan kepada penemuan (peguam), terdapat alasan munasabah untuk mengatakan yang Koh dan Amri adalah mangsa kehilangan secara paksa,” kata Liew, ketika ditemui selepas prosiding hari ini berakhir di ibu pejabat Suhakam hari ini.
Siasatan yang dipengerusikan oleh Suruhanjaya Suhakam Mah Weng Kwai, akan membentangkan keputusan pada 3 April.
Dalam prosding hari ini, peguam Jerald Gomez yang mewakil keluarga Koh menuduh polis meletak bukti di rumah suspek yang mati.
Beliau turut menekankan percanggahan dalam bukti yang dikumpul, merujuk kepada keterangan bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar dan ketua Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) bernama Hazril Khamis, yang mengetuai pasukan pertama dalam serbuan ke atas rumah suspek.
Khalid berkata pasukan itu yang menemui gambar-gambar menunjukkan Koh, rumahnya, kereta dan plat nombor kereta di rumah suspek.
Bagaimanapun, Hazril dalam keterangannya berkata dialah yang menemui bukti-bukti tersebut.
Gomez sebelum ini juga mendakwa Koh penculikan Koh di Petaling Jaya pada 13 Februari, 2018, kelihatan seperti dilakukan menggunakan kaedah dalam operasi pasukan petugas khas polis.
Ini dipersetujui peguam yang mewakili keluarga Amri, David Morais. Beliau berkata cara yang sama juga digunakan ketika Amri diculik pada 24 November, 2016 di Perlis.
Cara kereta Amri dikelilingi kelihatan sama seperti yang mungkin digunakan oleh pasukan polis. – 6 Mac, 2019.
Komen