R. Kelly kata tuduhan jenayah seks terhadapnya khabar angin


Penyanyi terkenal R Kelly nafi melakukan penderaan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. – Gambar EPA, 6 Mac, 2019.

PENYANYI R&B R. Kelly nafi melakukan penderaan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

Ini adalah komen pertamanya secara terbuka sejak didakwa pada bulan lepas.

“Saya tak buat. Saya bukan macam itu,” Kelly memberitahu CBS This Morning dalam satu temu bual yang akan disiarkan esok. Petikan dari temu bual itu dikeluarkan hari ini.

Kelly menafikan tuduhan terhadapnya, berkata semuanya adalah khabar angin.

“Sama ada itu semua khabar angin lama, baru, akan datang, tak benar,” katanya yang kelihatan sedih semasa temu bual itu.

Kelly, 52, mengaku tidak bersalah bulan lepas di Chicago atas 10 pertuduhan penderaan jenayah seks teruk.

Dia ditahan di lokap selama tiga hari dan dibebaskan selepas membayar AS$ 100,000 (RM409,250), iaitu 10% daripada jumlah ikat jamin AS$1 juta yang ditetapkan mahkamah.

Jenayah seks tersebut didakwa dilakukan antara Mei 1998 dan Januari 2010, menurut pendakwa raya.

Kelly sebelum ini pernah dituduh melakukan jenayah seks.

Pada 2002, dia didakwa melakukan hubungan seks dengas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Kelly dibicarakan dan bebas daripada dakwaan pornografi kanak-kanak pada 2008.

Kelly mendakwa semua tuduhan adalah untuk menjatuhkan reputasinya. – AFP, 6 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen