Bekas presiden Korea Selatan dibebas dengan ikat jamin


Bekas Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak dibebaskan dengan ikat jamin selepas hampir setahun meringkuk dalam penjara atas pertuduhan rasuah. – Gambar AFP, 6 Mac, 2019.

BEKAS Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak dibebaskan dengan ikat jamin selepas hampir setahun meringkuk dalam penjara atas pertuduhan rasuah, lapor agensi berita Yonhap.

Mahkamah Tinggi Seoul pada 29 Januari membenarkan permohonan untuk ikat jamin yang dikemukakan Lee atas alasan keadaan kesihatan yang merosot dan sebab lain.

Lee yang menjadi presiden dari 2008 hingga 2013 ditahan sementara menunggu rayuan berhubung hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan ke atasnya selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah, melakukan penyelewengan dan beberapa pertuduhan lain pada 5 Oktober tahun lepas.

Mahkamah mendapati Lee adalah pemilik sebenar syarikat bahagian auto abangnya dan menggunakan kuasa beliau sebagai presiden untuk memberi manfaat kepada syarikat dan diri sendiri termasuk menerima rasuah sebanyak 5.9 bilion won (US$5.2 juta) daripada Samsung. – Bernama, 6 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen