SATU kajian mendapati perubahan iklim yang berlaku menyebabkan binatang di Artik seperti anjing laut dan ikan paus mengalihkan pola makan mereka.
Para penyelidik membuat penyelidikan merangkumi dua dekad untuk melihat bagaimana dua spesis liar Artik iaitu paus putih dan anjing laut cincin menyesuaikan diri dengan perubahan iklim di tempat tinggal mereka.
Kedua-dua spesies ini secara tradisional memburu makanan di kawasan laut berais.
Para penyelidik di Norway memutuskan untuk melihat adakah haiwan berkenaan boleh menyesuaikan diri apabila tempat tinggal mereka terjejas.
“Perubahan tingkah laku dan diet mungkin akan menjadi respons pertama dapat dilihat dalam ekosistem,” katanya. – AFP, 6 Mac, 2019.
Komen