Rundingan damai AS-Taliban berjalan lancar


Utusan Washington Zalmay Khalilzad menyambung kembali rundingan pada 25 Februari, dalam usaha berbulan lamanya menghentikan perang di Afghanistan, konflik terlama dihadapi Amerika sejak terlibat selepas serangan 11 September 2001. – Gambar AFP, 6 Mac, 2019.

RUNDINGAN damai antara AS dan Taliban di Qatar membuahkan progres walaupun masih banyak yang belum selesai, kata Jabatan Negara pada Selasa.

Utusan Washington Zalmay Khalilzad menyambung kembali rundingan pada 25 Februari, dalam usaha berbulan lamanya menghentikan perang di Afghanistan, konflik terlama dihadapi Amerika sejak terlibat selepas serangan 11 September 2001.

Walaupun dua hari hujung minggu berehat, rundingan diteruskan “setiap hari sekarang dan progres dicapai,” kata jurucakap Robert Palladino kepada wartawan.

Jurucakap Taliban juga pada Ahad berkata rundingan berjalan lancar.

“Rundingan berjalan dan tumpuan kami sekarang adalah empat isu berkait yang akan menjadi asas perjanjian masa depan,” kata Palladino- menyenaraikan empat isu sebagai keganasan, penarikan tentera, dialog intra Afghanistan dan gencatan senjata.

Pada mulanya, Khalilzad akan kembali ke Washington pada 28 Februari tetapi rundingan masih berjalan.

“Saya tak akan kata ia terbuka, tetapi ini adalah alamiah diplomasi: peluang muncul, kami ubah laluan, kami perbetulkan,” kata Palladino.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berkata pada perjumpaan dengan pelajar sekolah menengah di Iowa yang beliau berharap hasil memuaskan akan wujud bagi membolehkan beliau membuat lawatan bagi memajukan lagi rundingan dalam tempoh beberapa minggu lagi. – AFP, 6 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen