Clinton tolak jadi presiden pada 2020


Hillary Clinton buat kali pertama menolak untuk menjadi presiden pada 2020 akan datang. – Gambar EPA, 5 Mac, 2019.

HILLARY Clinton buat kali pertama menolak untuk menjadi presiden pada 2020 akan datang.

“Saya akan terus bekerja, bercakap dan berpegang pada apa yang saya percaya,” katanya dalam temubual di saluran televisyen tempatan News 12 semalam.

Clinton antara calon presiden pada 2016 tetapi akhirnya kalah kepada Donald Trump.

“Saya mahu memastikan rakyat memahami saya akan terus bersuara.

“Saya tidak pergi ke mana-mana. Apa yang dipertaruhkan di negara kita, apa yang sedang berlaku sangat merisaukan saya,” katanya.

Clinton mengadakan pertemuan dengan beberapa demokrat yang kini bertanding untuk percalonan parti.

Ditanya sama ada dia akan kembali bersama pentadbiran awam, dia seolah-olah mengelak untuk memberikan keputusan.

“Saya tidak fikir begitu, tetapi saya suka tinggal di New York dan saya bersyukur berpeluang menjadi senator selama lapan tahun dan bekerja dengan orang di seluruh negeri kita,” kata bekas setiausaha negara dan senator New York ini. – AFP, March 5, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen