Senat AS dikuasai Republikan dijangka tolak darurat diisytiharkan Trump


Tindakan Donald Trump menggunakan darurat nasional mencetuskan kebimbangan Republikan yang presiden Demokrat di masa depan akan menggunakan teknik sama untuk meluluskan perundangan kepada beberapa isu lain seperti kawalan senjata dan kesihatan awam. – Gambar AFP, 5 Mac, 2019.

SENAT AS yang dikuasai Republikan dijangka menolak pengisytiharan darurat dilakukan Donald Trump untuk membina tembok sempadan Mexico, seterusnya memaksa presiden AS menggunakan kuasa vetonya untuk kali pertama, kata Ketua Majoriti Mitch McConnell semalam.

Dewan Perwakilan yang dikawal Demokrat, meluluskan usul tidak menyokong dan menghantarnya kepada Senar, yang dijangka mengundi minggu depan.

Republikan di Senat mempunyai kelebihan majoriti 53 berbanding 47 Demokrat. Tetapi, empat daripada mereka sudah mengumumkan akan menyokong Demokrat untuk menghalang Trump, yang mahu melepasi Kongres untuk pengeluaran dana pembiayaan pembinaan tembok di sempadan AS-Mexico yang tegasnya akan mengurangkan kemasukan pendatang haram dan penyeludupan dadah.

Beberapa orang Republikan lain, walaupun masih tidak menyatakan hasrat mengundi menentang Trump, sudah meluahkan kebimbangan dengan tindakan presiden, yang dakwa mereka usaha terang-terangan meluaskan kuasa eksekutif.

Dengan Senator Rand Paul minggu ini menjadi wakil Republikan keempat berpaling tadah, resolusi tidak bersetuju itu berkemungkinan besar di hantar ke pejabat Trump, memaksa presiden ke dalam kedudukan membimbangkan untuk menggunakan kuasa vetonya seterusnya terang-terangan menentang Kongres.

Setiap dewan kemudiannya memerlukan majoriti dua pertiga untuk membatalkan veto Trump- tindakan yang dianggap sangat sukar.

“Saya rasa apa yang jelas adalah dalam Senat terdapat undi cukup untuk meluluskan resolusi tidak bersetuju, yang kemudian akan diveto oleh presiden dan berkemungkinan besar veto itu akan diterima dalam Dewan,” kata McConell kepada wartawan di Kentucky.

“Saya adalah salah seorang yang berharap presiden tidak akan menggunakan laluan darurat nasional,” kata McConell, walaupun beliau menyokong Trump ketika rancangan itu diumumkan.

Pemimpin Senat itu mengakui wujud kebimbangan yang presiden Demokrat di masa depan akan mengikut langkah Trump sebagai rasional untuk mengisytiharkan darurat nasional untuk melepasi Kongres dalam isu seperti perubahan iklim dunia, penjagaan kesihatan dan kawalan senjata api.

“Itulah salah satu hujah saya- jelas sekali tidak berjaya- kepada presiden supaya tidak bertindak sebegini.” – AFP, 5 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen