Laporan polis dibuat terhadap 2 pengguna media sosial kerana hina Nabi 


Looi Sue-Chern

Pengguna Facebook, "Danny Antonio Jr" turut memuat naik kenyataan menghina Nabi dan orang Melayu.– Gambar EPA, 4 Mac, 2019

PEMUDA Pakatan Harapan buat laporan polis terhadap dua pengguna media sosial kerana didakwa menghina Nabi Muhammad.

Exco Bersatu Mohd Muzzammil Ismail, yang membuat laporan itu di Alor Setar hari ini berkata, beliau dimaklumkan mengenai posting berkenaan pada petang.

“Alvin Chow” yang menggunakan akaun Twitter @alvinchow333, semalam berkata beliau tidak takut untuk menghina Nabi dan orang Melayu.

Beberapa lagi posting yang dimuat naik di Twitter olehnya termasuk kata-kata kesat terhadap Nabi dan orang Melayu.

Gambar mesej tweet berkenaan kini tersebar, dan pengguna media sosial turut megecamnya kerana posting berkenaan.

Muzzamil berkata, pengguna Facebook, “Danny Antonio Jr” turut memuat naik kenyataan menghina Nabi dan orang Melayu.

“Sebagai exco Armada (Pemuda Bersat), saya menggesa polis untuk mengambil tindakan terhadap individu ini,” katanya dalam laporan.

Minggu lalu, seorang lelaki berusia 68 tahun didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memunat naik di Facebook karikatur menghina Nabi Muhammad.

Lelaki terbabit meminta dibicarakan dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000.

Posting berkenaan mencetuskan beberapa siri bantahan yang dibuat selepas solat Jumaat, yang mana umat Islam turut memberi amaran kepada pihak ain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. – 4 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen