PM Thailand tampil lagu baru pikat hati rakyat


Aksi bersahaja dalam vide muzik terbaru Prayut Chan-O-Cha, New Day yang dimuat naik dalam YouTube dan Facebook miliknya. – Gambar Facebook, 4 Mac, 2019.

PEMIMPIN kerajaan junta Thailand  Prayut Chan-O-Cha tampil dengan satu video muzik terbaru untuk tatapan rakyatnya sebagai usaha mempromosikan demokrasi selepas hampir lima tahun beliau merampas kuasa dari kerajaan awam.

Bekas ketua tentera itu bertanding dalam pilihan raya umum pada 24 Mac depan dan mahu kembali menerajui negara sebagai perdana menteri awam.

Sejak mengetuai rampasan kuasa pada 2014, Prayut telah menghasilkan tujuh lagu yang bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Thailand.

Lagu ‘New Day’ dimuat naik dalam YouTube, turut menampilkan menunjukkan aksinya bersahaja pada hujung video tersebut.

Thailand masih terkesan dengan insiden rampasan kuasa hampir lima tahun lalu selepas tentera menggulingkan kerajaan Yingluck Shinawatra.

Prayut mengetuai rampasan kuasa itu selepas tunjuk perasaan berdarah selama berbulan-bulan terhadap kerajaan Yingluck.

Sejak mengambil alih kuasa, Prayut berulang kali menangguhkan pilihan raya selain mewujudkan Perlembagaan baharu untuk memastikan peranan tentera dalam politik bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Langkah itu mengundang kemarahan kumpulan prodemokrasi dari golongan petani, rakyat miskin bandar, golongan pertengahan yang sudah muak menghabiskan masa di bawah pemerintahan junta.

Thailand tidak mengadakan pilihan raya umum sejak 2011, dan akhirnya Prayut akur untuk menetapkan pengundian pada hujung bulan ini.

Seramai tujuh juta orang berusia 18-25 tahun layak untuk mengundi buat kali pertama pada kali ini. – AFP, 4 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen