TENTERA Israel menembak mati dua rakyat Palestin manakala seorang lagi cedera dalam satu insiden rempuhan kereta di Ramallah, Tebing Barat pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu memetik tentera Israel.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel mendakwa mangsa cuba menyerang anggota polis di bandar Kufr Nima utara Ramallah.
Tentera rejim mendakwa mangsa mencuba merempuh anggota polis menggunakan kereta dan menyebabkan dua anggota keselamatan cedera.
Kementerian Kesihatan Palestin menamakan dua mangsa yang terbunuh sebagai Amir Mahmoud Darraj dan Yussef Anqawi, masing-masing berusia 20 tahun.
Kumpulan Hamas yang menguasai Gaza, memuji serangan tersebut tetapi menyatakan tidak terlibat dalam insiden itu.
Serangan pisau, rempuhan kereta dan senjata sering berlaku di Tebing Barat sebagai penentangan rakyat Palestin ke atas penjajahan Israel di wilayah itu. – AFP, 4 Mac, 2019.
Komen