China guna buruh paksa, kata tahanan Islam


Gulzira Auelkhan menghabiskan hampir dua tahun terperangkap di China dengan anak perempuannya berusia 5 tahun baru-baru ini. - Gambar AFP, 4 Mac, 2019.

LEBIH dari sejuta orang dari minoriti Islam sebahagian besar etnik Uighur sedang dalam proses pengasingan di Xinjiang, kata panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Warganegara China berketurunan Kazakh, Gulzira Auelkhan berusia 39 tahun berkata dia sebahagian daripada kumpulan minoriti Islam di Xinjiang yang lulus dari pusat latihan vokasional ke kilang-kilang yang mana mereka terpaksa bekerja dengan gaji lebih rendah dari gaji minimum setempat.

Menurutnya, pengurusnya tidak pernah merahsiakan di mana hasil kilang mereka dijual.

“Mereka memberitahu kami secara terbuka sarung tangan akan dijual di luar negara jadi kami harus melakukan pekerjaan dengan baik,” katanya.

China berkata pusat pendidikan adalah sebahagian daripada usaha mereka memerangi keganasan dan separatisme di Xinjiang yang merupakan rantau didiami oleh kumpulan minoriti Islam  dan menafikan penggunaan tenaga kerja secara paksa.

Tetapi kumpulan hak dan bekas pekerja seperti Gulzira berkata amalan yang digunakan terhadap kaum minoriti Cina kian meluas.

Gulzira berkata, dia dipindahkan ke kilang sarung tangan di estet Jiafang di daerah Yining, Xinjiang selepas menghabiskan masa 15 bulan dalam dua kemudahan pendidikan semula yang berbeza.

Dia yang mempunyai hak kediaman di Kazakhstan mengembara ke China untuk melihat keluarganya apabila dia ditahan dan dimasukkan ke pusat pendidikan semula.

Tambahnya kehidupan di kem agak ganas apabila kepala mereka akan dipalu dengan tongkat elektrik sekiranya menghabiskan masa lebih dari dua minit di bilik mandi. – AFP, 4 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen