Legenda tenis mohon maaf atas dakwaan transgender ‘menipu’


Martina Navratilova mengatakan isu atlet transgender yang bersaing dalam sukan wanita pasti mempertingkatkan persaingan serta persoalan etika. - Gambar EPA, 4 Mac, 2019.

MARTINA Navratilova semalam memohon maaf kerana menggambarkan atlet transgender yang ingin bersaing dalam sukan wanita sebagai menipu.

Legenda tenis yang memegang gelaran Grand Slam selama 18 tahun itu dilabel sebagai transphobic selepas mengatakan menipu dan tidak adil sekiranya membenarkan atlet transgender bersaing dengan wanita asli.

Dia juga digugurkan sebagai duta Athlete Ally yang memperjuangkan hak LGBT dalam sukan.

“Saya tahu penggunaan ‘menipu’ itu mendatangkan kesalahan dalam kalangan komuniti transgender.

“Saya minta maaf kerana saya tidak mengatakan secara amnya atlet transgender itu menipu,” kata pemain berusia 62 tahun itu di dalam blog semalam.

Walaupun meminta maaf Navratilova berkata, isu atlet transgender yang bersaing dalam sukan wanita pasti akan terus mencipta persaingan dan persoalan etika.

Tetapi dia percaya cubaan menyelesaikan isu dengan membuat kategori berasingan dalam mana-mana sukan pasti akan lebih mendatangkan kekeliruan.

“Pertama kita semua perlu sedar tidak ada penyelesaian di mana tiada siapa yang akan menjadi salah atau kurang bernasib baik.

“Objektifnya adalah untuk mencari dasar yang menjadikan sukan wanita sebagai inklusif dan adil,” katanya. – AFP, 1 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen