AMERIKA Syarikat (AS) dan China hampir mencapai kesepakatan dalam perjanjian perdagangan yang menyaksikan kedua-dua pihak menurunkan beberapa tarif yang dikenakan semasa perang perdagangan.
Kesepakatan kedua-dua pihak itu disambut baik oleh pasaran kewangan yang berdepan konflik perdagangan di antara kedua-dua kekuatan ekonomi terbesar di dunia itu.
The Journal berkata, dalam perbincangan yang dibuat bulan lalu di Washington membantu merapatkan jurang perbezaan yang mana persetujuan mungkin akan dilakukan apabila Presiden Donald Trump dan rakan sejawatnya dari China Xi Jinpin bertemu pada akhir Mac ini berikutan Xi sedang dalam perjalanan ke Eropah.
Laporan itu berkata China bersetuju menurunkan tarif atau mengurangkan sekatan pada ladang, kimia, produk kereta dan lain-lain.
Perunding China juga menawarkan untuk mempercepatkan jadual waktu menghapuskan had pemilikan asing ke atas kereta dan mengurangkan tarif kenderaan yang diimport bawah pada kadar semasa 15%.
Dalam usaha bertindak balas Trump merapatkan jurang perdagangan antara AS dan China, Beijing juga akan meningkatkan pembelian barangan AS termasuk kemungkinan membeli gas asli berbilion dollar dari Cheniere Energy. – AFP, 4 Mac, 2019.
Komen