JORDAN pada Ahad menuduh pihak berkuasa Israel menghalang pegawai kanan Islam Palestin daripada menghampiri Masjid Al-Aqsa di bahagian timur Baitulmaqdis.
Sheikh Abdel Azim Salhab, ketua agama Waqf yang menguruskankawasan di bandar yang menjadi pertikaian, dihalang selama 40 hari dan timbalannya selama empat bulan.
Dua pegawai agama lain ditahan, Firas al-Dibs, jurucakap Waqf yang bertanggungjawab kepada Jordan sebagai penjaga Masjd al-Aqsa, tempat ketiga paling suci dalam Islam selepas Mekah dan Madinah, kepada AFP.
Polis Israel ketika dihubungi oleh AFP, tidak memberi sebarang komen mengenai laporan itu.
Menteri Hal Ehwal Agama Jordan, Abdel Nasser Abu-Bassal, yang dipetik oleh agensi berita negara Petra, menuduh Israel “sengaja mencari meningkatkan ketegangan dengan mengganggu kerja Waqf di Baitulmaqdis dan menakut-nakutkan ahlinya.
Perbalahan terjadi di antara umat Islam dan polis Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa sejak akhir Februari berhubung akses ke bangunan tambahan di kompaun yang ditutup oleh Israel sejak 2003. – AFP, 4 Mac, 2019.
Komen