KIRA-kira 800 warga Palestin hari ini melintasi sempadan dari Gaza ke Mesir untuk menunaikan umrah di Mekah buat pertama kalinya sejak 2014 selepas pihak berkuasa Mesir memberikan visa untuk berbuat demikian.
Jemaah berkenaan yang bertolak ketika subuh akan menaiki bas di Mesir dan dibawa ke lapangan terbang Kaherah, dari sana mereka akan menaiki penerbangan ke Mekah di Arab Saudi, kata pihak berkuasa Palestin di sempadan Rafah, Jalur Gaza.
15 orang penduduk Gaza merupakan antara 800 jemaah yang tidak dibenarkan melintasi negara itu, kata pihak keselamatan Palestin di Rafah tanpa meberikan sebab.
Sumber pasukan keselamatan Mesir di Rafah mengesahkan ia merupakan kali pertama kebenaran diberikan untuk jemaah menunaikan umrah sejak operasi ketenteraan bermula di utara Sinai pada 2014. – AFP, 3 Mac, 2019
Komen