Jurugambar terkenal Reuters, Behrakis meninggal dunia


Yannis Behrakis meninggal dunia di usia 58 tahun. – Gambar AFP, 3 Mac, 2019.

JURUGAMBAR Reuters yang pernah memenangi anugerah Yannis Behrakis telah meninggal dunia di usia 58 tahun selepas menderita kanser, kata persatuan akhbar Greece hari ini.

Behrakis yang dilahirkan di Athens, bekerja dengan agensi berita Reuters selama lebih dari 30 tahun, Beliau yang meninggal dunia pada hari Sabtu dikenang sebagai “salah seorang jurugambar terbaik generasinya”, kata badan akhbar itu dalam sebuah kenyataan.

“Gambar-gambar beliau telah membentuk cara yang kita tanggap peristiwa-peristiwa yang berlaku, daripada perang di Afghanistan dan Sierra Leone kepada krisis pelarian dan Arab Spring.”

Anugerah berprestij yang pernah diterima beliau termasuk World Press Photo pada tahun 2000, Bayeux-Calvados pada tahun 2016, dan Jurugambar Terbaik Tahun 2015 oleh Guardian.

Seorang bapa beranak dua, Behrakis bertanggungjawab mengetuai pasukan Reuters ketika memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 2016 bagi liputan krisis penghijrahan, yang meletus pada tahun sebelumnya.

“Beberapa orang meninggalkan segala-galanya untuk menangkap kebenaran. Yannis Behrakis mempertahankan kebenaran di empat penjuru dunia,” kata Menteri Greece Lefteris Kretsos kepada media dalam satu kenyataan.

Pada tahun 2000, Behrakis pernah berdepan dengan peristiwa mengancam nyawa di Sierra Leone ketika terperangkap dalam serangan hendap lelaki bersenjata yang membunuh rakan sekerjanya di Reuters, Kurt Schork dan Miguel Gil Moreno.

Salah satu gambarnya yang paling menarik dari krisis penghijrahan Eropah adalah seorang bapa warga Syria yang membawa dan mencium anak perempuannya ketika berjalan ke arah sempadan Greece dalam hujan.

“Gambar ini membuktikan bahawa memang terdapat adiwira di dunia ini,” Behrakis kemudian menjelaskan. “Dia tidak pakai tudung merah, tetapi dia mempunyai tudung plastik hitam yang terbuat dari beg sampah. Bagi saya, ini mewakili bapa sejagat dan cinta tanpa syarat ayah kepada anak perempuannya.” – AFP, 3 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen