India, Pakistan berbalas tembakan di sempadan


Orang ramai menghadiri pengebumian Sudhai Qureshi, yang terbunuh apabila tentera India melepaskan tembakan mortar pada 2 Mac. – Gambar EPA, 3 Mac, 2019.

KETEGANGAN antara India dan Pakistan memuncak semalam apabila saling melepaskan tembakan yang membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang di sempadan Kashmir.

Seteru senjata nuklear melepaskan mortar dan meriam di antara satu sama lain meskipun selepas pembebasan juruterbang India yang ditembak oleh Pakistan tetapi kemudian dibebaskan sebagai “tanda muhibah”.

Dalam tempoh 24 jam menakutkan, dua tentera dan dua orang awam maut di sebelah Pakistan, kata pihak tentera.

Di sebelah India, seorang wanita dan dua anaknya meninggal dunia selepas rumahnya dimusnah mortar.

Ketua tentera India Bipin Rawat ke Udhampur di Kashmir di bahagian negara semalam untuk memeriksa keselamatan sempadan.

Penduduk Khashimir di kedua-dua sempadan negara, berkumpul di kubu sementara polis mengarahkan kenderaan tidak penting supaya tidak menggunakan jalan raya.

Sekurang-kurangnya 12 orang awam terbunuh di kedua-dua belah sempadan sejak awal minggu ini.

Pembebasan Komander Udara Abhinandan Varthaman kepada pihak berkuasa India pada petang Jumaat selepas penahanan 60 jam Pakistan meningkatkan harapan mengurangkan ketegangan.

Tetapi kemarahan meletus di India selepas video Abhinandan memuji penculiknya dan mengkritik media India.

Pesawat pejuang Abhinandan ditembak jatuh pada Rabu ketika beliau mengekori jet Pakistan. Penangkapannya menjadi tumpuan permusuhan antara kedua-dua negara selepas peristiwa pengebom bunuh diri pada 14 Februari di Kashmir yang membunuh 40 orang paramilitari India.

Abhinandan, yang berjaya melentingkan diri dari pesawat untuk menyelamatkan diri bagaimanapn ditangkap penduduk Pakistan di zon gencatan senjata di Kashmir.

Dalam video yang diedit oleh tentera Pakistan sebelum dibebaskan, beliau memuji profesionalisme tentera Pakistan dan mengkritik media India kerana mewujudkan histeria perang.

Bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah berkata video itu mencemarkan gerakan Pakistan untuk menghantar pulang juruterbang berkenaan secepat mungkin.

“Malangnya, imej yang kamu gambarkan untuk kami sangat teruk oleh video yang terpaksa beliau rakamkan sebelum kamu hantarnya pulang,” kata Abdyllah menerusi Twitter. – AFP, 3 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen