AS, Korea Selatan hentikan latihan ketenteraan bersama


Helikopter Chinook kelihatan bersedia di pangkalan tentera AS di Kem Humphreys di Pyeongtaek, Korea Selatan untuk latihan tentera bersama AS-Korea Selatan selama dua minggu pada tahun lalu. – Gambar EPA, 3 Mac, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) dan Korea Selatan akan mengakhiri latihan ketenteraan bersama mereka yang berskala besar susulan Washington dalam usaha membaiki hubungannya dengan Korea Utara.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas penutup sidang kemuncak kedua Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Hanoi, yang berakhir tanpa perjanjian formal tetapi kedua-dua pihak mencadangkan mereka akan terus berkomunikasi.

Trump sebelum ini menolak untuk menarik balik 28,500 anggota tentera AS berpangkalan di Korea Selatan bagi mempertahankannya daripada negara jiran yang bersenjatakan nuklear.

Sebarang penarikan balik akan berdepan dengan desakan daripada Kongres AS dan Jepun, iaitu kerajaan konservatif dan sangat berjaga-jaga dengan niat Korea Utara.

Tetapi presiden AS berulang kali merungut tentang kos ketenteraan, di mana Pyongyang sering mengutuk ia sebagai latihan provokatif untuk menceroboh.

Sebelum ini, latihan ketenteraan itu membabitkan 200,000 tentera Korea Selatan dan kira-kira 30,000 tentera AS. – AFP, 3 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen