'Bossku' Najib bantu BN rampas Semenyih, kata Mat Hasan


Noel Achariam Diyana Ibrahim

AURA Bossku Najib Razak adalah salah satu faktor membantu kemenangan Barisan Nasional menang di PRK Semenyih, kata Mohamad Hasan.

Pemangku presiden BN itu berkata semua orang memainkan peranan dalam kemenangan itu dan tidak ada faktor tunggal memainkan peranan.

“Pastinya kempen Najib membantu BN menang pilihan raya ini.

“Malah calon juga memainkan peranannya dan begitu juga pihak lain,” katanya pada Pusat Pengiraan Undi SPR di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang.

Malam ini, SPR mengumumkan calon BN Zakaria Hanafi sebagai Adun baharu Semenyih.

Ketua Umno Bahagian Hulu Langat itu itu diisytiharkan menang oleh Pengurus PRK Semenyih Mohd Sayuthi Bakar pada jam 9.25 malam tadi.

Bekas perdana menteri yang kebelakangan ini menjadi tumpuan rakyat dengan slogan “Malu apa bossku” juga turun berkempen di PRK Cameron Highlands.

Pada jelajah kempen PRK Semenyih, kemunculan pertamanya menarik lebih 500 orang.

Manakala, ceramah yang dihadirinya, sentiasa dipenuhi penduduk yang mahu bergambar dengan bekas pengerusi BN itu.

Tambah Mohamad lagi, kemenangan ini sangat manis kerana mereka baharu sahaja menang kerusi Parlimen Cameron Highlands Januari lalu.

“Kami perlu berterima kasih kepada MCA dan MIC, terutama sekali PAS yang sekali lagi memberi ruang kepada BN untuk bertanding di sini.

“Ini adalah kerjasama yang sangat baik antara kami yang membuahkan kemenangan. Kami akan meneruskan kerjasama ini sebagai pembangkang.

“Kemenangan ini menunjukkan yang rakyat menyesal mengundi Pakatan dan janji-janji mereka.

“Kerjasama ini akan memberi faedah kepada kedua-dua parti dan akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya. – 2 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen