Tentera Syria gempur kedudukan terakhir militan IS


Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat terus mara ke Baghouz yang menjadi kedudukan terakhir militan IS di Syria.– Gambar EPA, 2 Mac, 2019

PASUKAN yang diketuai Kurdish mempertahankan perkampungan terakhir pada Sabtu ketika operasi untuk membanteras kumpulan IS dari timur Syria ditruskan selepas pemindahan kemanusian dijalankan sejak beberapa hari lalu.

Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat terus mara ke Baghouz, iaitu penempatan kecil berhampiran sempadan Iraq yang mana ia merupakan kubu terakhir IS.

Bunyi tembakan terus kedengaran ketika pasukan artileri SDF mengambil kedudukan berhampiran, lapor wartawan AFP berhampiran barisan hadapan.

Seorang pegawai SDF berkata, beliau melihat pergerakan anggota kumpulan militan antara bangunan kosong dan kem sementara di pinggir kampung yang dikhuatiri masih diduduki orang awam untuk berlindung.

“Pertempuran makin sengit ketika ini,” kata pegawai terbabit.

“Pasukan kami bergerak mara dari dua arah.”

SDF mengumumkan untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan terakhir IS pada Jumaat. – AFP, 2 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen