SEKURANG-kurangnya 20 orang terbunuh dalam serangan di ibu negara Somalia, Mogadishu, yang menyaksikan pemberontak Al-Shabaab bertempur dengan pasukan keselamatan hampir 24 jam sebelum ia tamat, kata pihak berkuasa.
Selepas berakhirnya pertempuran berkenaan, kerajaan berikrar untuk meningkatkan usaha mereka dalam mmerangi kumpulan militan, susulan serangan dan pengeboman yang mana kumpulan yang berkait dengan Al-Qaeda itu mengaku bertanggungjawab.
“Kerajaan Somalia tidak akan berhenti memerangi Al-Shabaab, kami sasarkan untuk menghapuskan mereka, walau dengan apa cara sekalipun,” kata Perdana Menteri Hassan Ali Khaire kepada pemberita.
Beliau turut memuji keberanian pasukan elit tenetra yang katanya telah menyelamatlan 35 orang awam yang digunakan sebagai “perisai manusia” oleh anggota militan itu.
Serangan bermula pada Khamis, ketika anggota kumpulan Al-Shabaab bertindak meletukan dirinya di dalam sebuah kereta menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan sebuah hotel dan beberapa kereta berhampiran terbakar.
Penyerang lain mula menyerbu ke dalam bangunan yang menempatkan sebuuah restoran, yang mana mereka dikepung serta merta oleh pihak polis.
Anggota pasukan perubatan mengeluarkan lima mayat daripada runtuhan akibat letupan itu, namun operasi mengeluarkan mangsa lain ditangguhkan beberapa jam ekoran pertempuran. – AFP, 2 Mac, 2019
Komen