Video juruterbang puji Pakistan cetus kemarahan di India


Komander Udara Abhinandan Varthaman yang ditangkap selepas pesawatnya ditembak jatuh di Kashmir dibebaskan oleh tentera Pakistan pada Jumaat. – Gambar Facebook, 2 Mac, 2019

KEMARAHAN tercetus di India pada Sabtu berhubung rakaman video juruterbang tentera India yang ditembak jatuh oleh Pakistan memuji pihak yang menangkapnya, ketika ketegangan kian memuncak antara dua negara jiran India dan Pakistan. 

Media melaporkan juruterbang terbabit Komander Udara Abhinandan Varthaman ditangkap selepas kembali ke India kerana dipaksa membuat video berkenaan sebelum dibebaskan. 

Abhinandan yang merupakan jurterbang pesawat tempur MiG, ditembak jatuh ada Rabu selepas dikejar jet pejuang Pakistan di ruang udara Kashmir.

Penangkapan juruterbang itu menjadi punca permusuhan utama sejak pengeboman bunuh diri di Kashmir bulan lalu yang membunuh 40 anggota separa tentera India.
 
Abhinandan, yang berjaya melentingkan diri dari pesawat untuk menyelamatkan diri bagaimanapn ditangkap penduduk Pakistan di zon gencatan senjata di Kashmir. 

Dalam video yang diedit oleh tentera Pakistan sebelum dibebaskan, beliau memuji profesionalisme tentera Pakistan dan mengkritik media India kerana mewujudkan histeria perang.

“Anggota tentera menyelamatkan saya dari kumpulan orang ramai. Tentera Pakistan sangat profesional dan saya kagum dengannya,” katanya.

Bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah berkata video itu mencemarkan gerakan Pakistan untuk menghantar pulang juruterbang berkenaan secepat mungkin. 

“Malangnya, imej yang kamu gambarkan untuk kami sangat teruk oleh video yang terpaksa beliau rakamkan sebelum kamu hantarnya pulang,” kata Abdyllah menerusi Twitter. 

Media India membidas video itu sebagai “tidak senonoh” dan mengatakan ia melanggar norma-norma antarabangsa untuk tawanan perang.

“Tidak ada perdamaian tanpa martabat dan Pakistan hanya lupa pelajaran asas dalam pelanggaran konvensyen Geneva,” tulis editor kumpulan India Today, Rajdeep Sardesai, hari ini. – AFP, 2 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen