PARTI yang sehaluan Shinawatra yang berpengaruh di Thailand sedang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran hujung minggu ini menjelang keputusan mahkamah yang boleh memberi kesan terhadap prospek mereka pada pilihan raya umum negara itu akhir bulan ini.
Perhimpunan itu dijangka akan diadakan di seluruh negara pada Sabtu depan—termasuk di Chiang Mai iaitu tempat kelahiran bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.
Thaksin yang kini hidup dalam pelarian bagi mengelak hukuman penjara di Thailand, sangat dikagumi oeh pesawah padi, dan sebahagian besar pekerja kelas pertengahan kerana dasarnya sebelum ini yang membantu orang miskin serta memacu ekonomi.
Tetapi dia dihina oleh golongan elit diraja, yang sekutunya gagal menewaskannya pada pilihan raya sejak 2001 dan sebaliknya telah bergantung kepada rampasan kuasa dan keputusan mahkamah untuk menjatuhkan kerajaan yang didukung Shinawatra.
Beribu-ribu orang berkumpul di pusat bersejarah Bangkok lewat Jumaat untuk kempen menentang Thai Raksa Chart, salah satu daripada beberapa pihak yang dikaitkan dengan Shinawatra.
Tetapi, Thai Raksa Chart mungkin dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan pada 7 Mac, selepas cubaannya untuk meletakkan seorang puteri sebagai calon jawatan perdana menteri dengan jelas dibongkar.
Penyokong mengatakan masa depan demokrasi Thailand terletak di tangannya mahkamah - dengan junta bertekad untuk kembali sebagai kerajaan awam.
“Jika ia dibubarkan, ia akan merosakkan harapan kami yang sangat inginkan demokrasi,” kata Chailerm Phothijad, 55, pada perhimpunan malam Jumaat di Bangkok. – AFP, 2 Mac, 2019
Komen