Trump gesa China hapus cukai atas produk pertanian AS


Presiden As Donald Trump berkata permintaan beliau itu berdasarkan kepada fakta bahawa rundingan dengan China berjalan dengan baik. – Gambar fail AFP, 2 Mac, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat menggesa China menghapuskan cukai ke atas produk pertanian yang diimport dari AS, sambil menambah rundingan perdagangan antara kedua-dua negara berjalan dengan lancar.

“Saya meminta China menarik segera semua cukai ke atas produk pertanian kami (termasuk daging lembu, babi dan lain-lain),” tulis Trump di Twitter.

Trump berkata permintaan beliau itu berdasarkan kepada fakta bahawa rundingan dengan China berjalan dengan baik.

Selepas berbulan dalam perang perdagangan AS dan China bersetuju untuk berdamai selama 90 hari bagi mencari penyelesaian antara mereka, yang tamat pada Jumaat. 

Trump akhirnya bersetuju menangguh untuk menaikkan cukai selepas berpuas hati dengan beberapa rundingan di Beijing dan Washington. – AFP, 2 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen