AS, Korea Selatan akan henti latihan ketenteraan berskala besar


Keputusan diambil selepas sidang kemuncak antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Hanoi gagal mencapai kata sepakat. – Gambar fail AFP, 2 Mac, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) dan Korea Selatan akan menghentikan dua latihan ketenteraan berskala besar pada musim bunga ini, menurut agensi berita Xinhua yang memetik laporan media AS.

Latihan ketenteraan itu, Key Resolve dan Foal Eagle, akan digantikan dengan “latihan misi khusus” yang lebih kecil, lapor NBC News yang memetik dua pegawai pertahanan AS sebagai berkata.

Keputusan diambil selepas sidang kemuncak antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Hanoi gagal mencapai kata sepakat.

Pihak berkuasa AS berkata keputusan tersebut sudah lama dipertimbangkan dan tiada kena mengena dengan sidang kemuncak Hanoi dan AS serta Korea Selatan dijangka akan mengumumkannya dalam masa beberapa hari lagi. 

Selepas sidang kemuncak pertamanya dengan Kim di Singapura Jun tahun lalu, Trump mengumumkan Washington akan menggantung latihan ketenteraan berskala besar dengan Seoul. – Bernama, 2 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen