Kanada mula proses ekstradisi eksekutif Huawei


Ketua pegawai kewangan Huawei ditahan ketika sedang menukar penerbangan di Vancouver pada Disember lalu atas permintaan AS kerana disyaki melanggar sekatan As ke Iran. – Gambar EPA, 2 Mac, 2019.

KANADA memulakan proses ekstradisi eksekutif Huawei, Meng Wanzhou ke Amerika Syarikat (AS), langkah terkini dalam kes yang mencetus ketegangan terhadap hubungan antara negara itu dengan China.

Meng, 47, ketua pegawai kewangan Huawei dan anak kepada pengasas syarikat itu, Ren Zhengfei sedang menukar penerbangan di Vancouver ketika ditahan pada Disember lalu atas permintaan AS kerana disyaki melanggar sekatan As ke Iran.

Susulan itu beberapa rakyat Kanada di China ditahan, dilihat sebagai pembalasan atas penahanan Meng.

“Hari ini, Jabatan Kehakiman Kanada mengeluarkan satu arahan rasmi bagi meneruskan dan secara rasmi memulakan proses ekstradisi membabitkan kes Meng Wanzhou,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Meng dijangka hadir di mahkamah pada Rabu, di mana pendakwa raya akan mengemukakan bukti dan membentangkan hujah terperinci bagi proses ekstradisi beliau. – AFP, 2 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen