Sah, klorin digunakan dalam serangan di Douma, Syria


Dalam insiden serangan di Douma pada April tahun lalu, seramai 43 orang terbunuh. Laporan OPCW mengesahkan penggunaan bahan kimia klorin dalam serangan itu. – Gambar AFP, 2 Mac, 2019.

BADAN pemantau senjata kimia dunia berkata klorin digunakan di bandar Douma di Syria, yang ditawan pemberontak pada 2018, dalam satu laporan akhir berhubung serangan maut itu.

Laporan oleh organisasi untuk larangan terhadap senjata kimia (OPCW) itu berdasarkan kepada lawatan penyiasat ke tapak serangan yang menyebabkan 43 terbunuh.

Kuasa barat diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) menyalahkan rejim Presiden Syria Bashar al-Assad atas insiden itu dan melancarkan serangan udara sebagai tindakan balas.

Badan pemantau berpangkalan di The Hague itu berkata dua silinder mungkin mengandungi klorin disimbah ke kawasan perumahan di bandar itu.

Laporan OPCW berkata ada sebab munasabah menunjukkan bahan kimia bertoksik digunakan sebagai senjata dalam insiden pada 7 April, 2018 itu. Bahan kimia itu mengandungi klorin reaktif.

Bagaimanapun katanya, tiada bukti ditemui menunjukkan penggunaan agen saraf di Douma, yang sebelum ini didakwa beberapa pihak dalam konflik itu. – AFP, 2 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen