SEJUMLAH 51,419,975 pengundi layak termasuk 7,339,772 yang bakal mengundi buat kali pertama dijangka keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Thailand pada 24 Mac ini.
Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata setakat 1 Februari terdapat 24,801,527 pengundi lelaki dan 26,618,448 pengundi wanita layak di negara ini.
Kenyataan itu berkata terdapat 7,339,772 pengundi akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya kali ini.
Mereka berusia antara 18 dan 25 tahun.
Bangkok mempunyai bilangan pengundi tertinggi iaitu 4,498,109 diikuti Nakhon Ratchasima dengan 2,085,776 pengundi dan Khon Kaen dengan 1,445,977 pengundi, kata kenyataan itu.
Di Thailand mereka berusia 18 tahun layak mengundi pada pilihan raya umum yang merupakan pertama kali diadakan selepas rampasan kuasa tentera pada 2014.
Kenyataan itu turut menambah 19,583,472 pengundi berusia 26 hingga 45 tahun merupakan kumpulan umur terbesar dalam pilihan raya kali ini dengan 10,052,068 pengundi berusia 61 tahun ke atas.
Ranong salah satu wilayah di selatan mempunyai bilangan pengundi paling rendah iaitu 135,557 orang.
Jumlah penduduk Thailand dianggarkan 66,413,979 orang setakat tahun lepas. – Bernama, 1 Mac, 2019.
Komen