Tunisia kesan 19 surat mengandungi toksik dihantar pengganas


Rancangan pengganas untuk menggugat keamanan dengan menghantar 19 pucuk surat mengandungi bahan toksik kepada beberapa orang personaliti di Tunisia berjaya dipatahkan. – Gambar EPA, 1 Mac, 2019.

PERKHIDMATAN Keselamatan Kebangsaan Tunisia berjaya mematahkan rancangan pengganas untuk menggugat keamanan dengan menghantar 19 pucuk surat mengandungi bahan toksik kepada beberapa orang personaliti, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri semalam, lapor agensi berita Xinhua. 

“Ini operasi pencegahan dan perisikan.

“Selepas kajian dibuat surat itu disahkan mengandungi bahan toksik,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri mengatakan Unit Penyiasatan Kebangsaan Hal Ehwal Keganasan dan Jenayah Terancang Tunisia melancarkan siasatan berhubung kes itu. 

Kementerian menyeru ahli politik, profesional media, pekerja kesatuan dan orang awam untuk memaklumkan kepada pihak keselamatan sekiranya menerima objek mencurigakan. – Bernama, 1 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen