Kami bersedia mati demi Islam, kata kumpulan Islam di himpunan


Alfian Z.M. Tahir

Seramai 300 orang berhimpun di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat petang tadi. Mereka mengatakan bersedia mati untuk mempertahankan nama baik Nabi Muhammad SAW. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2019.

ATAS nama Nabi Muhammad SAW, umat Islam tidak takut mati, kata kumpulan Melayu Muslim termasuk Umno dan PAS yang mengadakan Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam di Masjid Negara hari ini.

Dalam himpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu, salah seorang penceramah Mohd Zabin Mustafa dari Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia berkata umat Islam tidak takut mati atas nama Nabi Muhammad SAW.  

“Kami bersedia untuk mati untuk Nabi Muhammad dan agama kami,” katanya dalam himpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Naib Presiden PAS Idris Ahmad pula berkata, orang ramai yang mempertahankan nama dan martabat Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada jihad.  

“Anda boleh hina ibu bapa kami, keluarga kami, anda boleh curi tanah kami dan ambil hak kami tetapi anda tidak boleh menghina agama serta nabi kami.

“Kami mesti berdiri dan bangkit mempertahankan Nabi Muhamad SAW yang dikasihi, ini jihad kita,” katanya.  

Kenyataan Idris itu disokong oleh Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dasuki yang mencadangkan perhimpunan besar-besaran dilakukan sekiranya tiada tindakan dilakukan terhadap individu menghina Islam.

Asyraf juga mengatakan Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa terlalu lemah dalam mempertahankan Islam.  

“Menteri minta Umno dan PAS menggunakan Islam untuk keuntungan politik tetapi hari ini mereka gunakan Islam sebagai alat politik.  

“Dia diam sahaja tentang isu ini. Dia tak datang pun untuk mempertahankan Islam sebagai menteri, apa yang dia pedulikan adalah kuasa,” katanya.

Tambahnya, mereka akan mengadakan perhimpunan lebih besar dari perhimpunan ICERD yang lepas sekiranya masih tidak ada tindakan diambil. – 1 Mac, 2019. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen