Bom kereta meletup di Mosul, seorang maut, 14 cedera


Seorang awam terbunuh dan 14 lagi cedera apabila bom kereta meletup di bandar Mosul utara Iraq lewat Khamis. – Gambar fail EPA, 1 Mac, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA seorang awam terbunuh dan 14 lagi cedera apabila bom kereta meletup di bandar Mosul utara Iraq lewat Khamis, lapor agensi berita Anadolu memetik Kementerian Pertahanan Iraq.

Kereta yang sarat dengan muatan bom itu meletup di sebuah jalan raya utama di bahagian timur bandar berkenaan.

Serangan dipercayai dilakukan anggota IS dan siasatan menyeluruh sedang dilakukan.

Iraq berada dalam kancah peperangan sejak pertengahan 2014, selepas IS berjaya menawan Mosul dan banyak wilayah besar lain di bahagian utara dan barat negara itu.

Penghujung 2017, Baghdad mengisytiharkan kemenangan terhadap kumpulan pengganas berikutan berakhirnya peperangan selama tiga tahun dengan kejatuhan Mosul, kubu utama terakhir IS di Iraq.

Bagaimanapun usaha memerangi IS oleh tentera Iraq masih diteruskan di beberapa wilayah yang mempunyai saki baki militan. – Bernama, 1 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen