Permohonan Najib singkir Sri Ram selaku pendakwa kes 1MDB ditolak


Bede Hong

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram dilantik sebagai ketua pendakwa raya untuk kes Najib dan kes lain yang berkaitan diumumkan pada 31 Ogos 2018. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Mac, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk menyingkirkan Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata beliau juga tidak akan mengarahkan Peguam Negara Tommy Thomas untuk mendedahkan surat lantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai timbalan pendakwa raya kanan itu.

“Bukan sahaja peguam negara sendiri hadir ke mahkamah (untuk beri keterangan). Peguam negara sendiri mengesahkan pelantikan GSR (Gopal Sri Ram),” kata Sequerah dalam penghakiman hari ini.

“Seterusnya, tidak wujud keperluan untuk pengeluaran surat lantikan kerana tidak ada sebab untuk meragukan ia wujud,” katanya.

Najib turut hadir di mahkamah, walaupun beliau hanya duduk di ruang awam dan tidak bercakap sepanjang prosiding.

Minggu lepas, Thomas memberitahu mahkamah tinggi yang pasukan pembelaan Najib tidak berhak melihat surat lantikan Sri Ram kerana ia tertakluk kepada keistimewaan peguam-anak guam.

Pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa raya untuk kes Najib dan kes lain yang berkaitan diumumkan pada 31 Ogos 2018. – 1 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen